February 13, 2011

CARA-CARA NAK "MENGURUSKAN" KETAM




Sebenarnya,entry kali ni lebih kurang macam mana nak membersihkan ketam dan cara-cara memasak ketam dengan betul.Betul ke?hahaha...PDUM pun translate info ni dr sini.Kalau x confident dgn translation ni,silalah rujuk-rujuk sendiri.Hmmmm...walaupun ketam bukan salah satu feveret seafood PDUM,(walaupun kadang2 terliur jgk tgk ketam-ketam yg maha besar kat rncgn Deadliest Catch dkt Discovery Channel),PDUM tetap sediakan cara-cara nak masak.Mana tau boleh try ke satu hari nanti.deng!

1. Letakkan ketam (samada hidup/'baru dibunuh mati) ke dalam seperiuk air masin/diletak garam mendidih dan tutup periuk.Pastikan air di dalam mencukupi supaya ketam2 tenggelam sepenuhnya dlm air dan lebihkan 4/5 inci dari bibir periuk.untuk penggunaan garam,setiap gelen air yg dimasukkan bersamaan 1/2 cawan garam.Masak sehingga 15 minit; 10 ke 20 minit utk ketam yg bersaiz kecil dan 20 minit ++ untuk ketam yg lebih besar.Apabila memasak ketam yg masih hidup,anda boleh masukkan didalam peti sejuk beku selama 1/2 jam sebelum dimasak spy pergerakan ketam bertambah perlahan dan lebih mudah utk dimasak.Lagipun,sesetengah umat manusia rasa ia lebih 'berperikemanusiaan...'.Sebab ape?Lu pikirlah sendiri...eh2..tak tak.Sebab..org kater suhu atlantik tu menyebabkan ketam2 tu x brape sedar merangkap mengong2 pening lalat dan kira elok sgt la tuh nk di rebus.

2. Jeng...jeng...sesudah ketam tu kemerah-merahan menandakan ianya sudeh masak...pastinya anda nak makan sementara masih panas kan?So,kalau nak hidang panas2,pakailah sarung tangan getah..diulangi lagi..SARUNG TANGAN GETAH bukan sarung tgn nk menoreh getah,k.bersihkan ketam-ketam tuh..Then,kalau x nak cara leceh mcm tuuu...letak je ketam2 tu dlm air sejuk selama beberapa minit dan bersihkan....

BERSIHKAN KETAM....

  1. Untuk buang bahagian belakang ketam,pegang bahagian bawah ketam dgn sebelah tgn dan tarik cengkerang belakang tu dgn tgn yg satu lagi.
  2. Pusingkan ketam dan tarik bahagian yg berbentuk segitiga (bahagian belakang/bawah ketam) dan ketepikan dahulu.Pusingkan lagi da ketam dan secara perlahan-lahan korek keluar insang menggunakan jari-jemari halus anda ataupun boleh guna sudu juga...Haip!ada lagi satu.Keluarkan juga segala macam usus ketam (aik?ketam pun ade usus?) yg terdapat di bahagian tgh belakang ketam.
  3. Kebanyakan org,mereka suka buang isi ketam yg kekuning-kuningan mcm lemak butter yg cair.Deng!Ade jugak yg suke makan isi tu kan?Bagi masyarakat Cina,mereka siap ada resepi sendiri nk kasi keenakan isi kuning tu menjadi menu unik.Manyak sedap wooo..So,itu pilihan anda sama ada nk mkn atau buang.Makan=sedap,x makan=x berapa hayati keindahan dunia.
  4. Kemudian,bagaimana dengan penyepit2 handalan ketam ni?Senang je...Pusing+patah+keletup2+NGAP!eh,belum belum.patahkan je dulu.
  5. Rendam bahagian bdn dan isi ketam dlm air sejuk dan patahkan kpd setengah/separuh.
  6. Kopak kaki ketam tu..silalah gunakan tukul besi.bukan yg besar,tp kecil shj yg selalunya restoran2 eksklusif akan sediakan kalau kiter order crab menu.
  7. Korek,gali keluar isi yg ade dekat dlm kaki ketam tu guna garfu,pencungkil gigi ataupun penyepit ketam yg hjungnya tajam tu sampai nampak isi ketam yg kemerah-merahan dan menyelerakan tersembul keluar.Then,sape yg malu2 nk mkn ketam,silalah keluar dr senarai peminat ketam sebab makan ketam ni sedikit bersepah dan serabai.PDUM pernah mkn ketam masak sambal dekat Aroma Ikan Bakar,Jeram n then bermulalah perang ketam n manusia.KRAP KRUP KRIP.Buat bodoh je dgn customer sblh yg dr td usha kami mkn mcm x pernah tgk org mkn.(mmg pun,kalau mkn pun dh mcm singa kelaparan je T_T) .

KETAM MASAK PEDAS


KETAM MASAK PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • ·         5 ekor ketam-dibersihkan dan digoreng dengan garam dan kunyit
  • ·         1 cawan cili kering yang dikisar
  • ·         2 tangkai daun kari
  • ·         15 tangkai cili api –dihiris halus
  • ·         6 biji bawang besar         }dicincang
  • ·         6 ulas bawang putih         }dicincang
  • ·         1 inci halia
  • ·         5 sudu sos cili
  • ·         2 sudu puri tomato
  • ·         3 sudu sos tiram
  • ·         1 cawan minyak masak
  • ·         2 tangkai daun bawang
  • ·         Garam
  • ·         Gula
  • ·         Serbuk perasa (PDUM guna aji-no-moto selalunya)

CARA MEMBUATNYA:

1.       Tumiskan bahan yang dicincang bersama daun kari sehingga terbit bau
2.       Masukkan cili kisar dan cili api.Kacau sehingga cili garing.
3.       Masukkan cili sos,sos tiram dan puri tomato.Biarkan mendidih.
4.       Kemudian,masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
5.       Setelah masak,tuangkan ke atas ketam yang siap digoreng tadi.

P/S: Ketam kadang-kadang agak sukar untuk dibersihkan,kan?Ada lumpur lah,pasir lah,ataupun dikhuatiri ditangkap dari area sungai or laut yg kurang bersih,kan?So,nak tau macam mana nak dapatkan ketam yg ala-ala segar masa nk masak tu,Klik sini.

SAMBAL PETAI UDANG


SAMBAL PETAI UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • ·         ½ kg udang
  • ·         2 biji bawang besar       }  dikisar  
  • ·         Sedikit belacan             }  dikisar
  • ·         1 cawan air asam
  • ·         1 cawan cili kering yang telah dikisar
  • ·         Garam
  • ·         Serbuk perasa
  • ·         Gula
  • ·         2 cawan minyak masak
  • ·         3 biji bawang besar-dipotong bulat
  • ·         1 papan petai-buang kulit dan ambil petainya.Selalunya masa kita kupas petai,ader kulit putihnye tu kan?PDUM suka nak bagitau,silalah buang kulitnye itu..kurang enak gitu kalau dicampur sekali,plus xberapa cantik ah ding dong…

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1.       Udang dibersihkan dan digoreng seketika
2.       Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
3.       Apabila terbit bau,masukkan cili kering.Kacau sehingga cilinya masak.
4.       Setelah garing,masukkan air asam,gula,garam dan serbuk perasa.Biarkan sehingga mendidih.
5.       Masukkan petai.
6.       Masukkan udang dan bawang yang telah dipotong bulat.Kacau seketika dan angkat.
7.       Sedia untuk dihidangkan.



p/s: Petai memang menusuk kalbu kalau dimakan.Macam ader UMMMPPHH kalau makan dengan nasi panas2 ditambah dgn sambal belacan (belacan Melaka uuu) dan ikan masin bulu ayam.Perggghhh…konfem ajak kawan-kawan tambah lagi dan lagi.Tapi…kena ingat2 la ye..makan petai ni ade side effectnya plaaakk…Sendiri mau ingat la kalau dh terkucil tu.Pastikan siram segelen air dan berus dgn sekuat hati..Sila cuba ye resepi ni…

February 11, 2011

AYAM MASAK BEREMPAH

AYAM MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong 18-lalu digoreng 3/4 masak
  • 4 biji bawang besar
  • 20 inci halia
  • 10 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 batang kulit kayu manis - dikisar
  • 5 biji bunga lawang - dikisar
  • 10 biji bunga cengkih - dikisar
  • 10 biji buah pelaga 
  • 1 sudu makan biji ketumbar - dikisar halus
  • 1/2 sudu makan jintan kasar - dikisar halus
  • 1/2 sudu makan jintan halus - dikisar halus
  • 15 tangkai cili kering - dikisar
  • 1 senduk rempah kari ayam
  • 2 ranting daun kari
  • 4 bijji kentang - dipotong 8 & digoreng
  • Garam
  • Gula
  • 2 biji tomato
  • 2 tangkai cili hijau
  • 2 tangkai cili merah
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Tumiskan bahan yg dikisar bersama dgn daun kari sehingga wangi.Masukkan rempah yg telah dikisar tadi.
  2. Apabila terbit bau,masukkan cili kisar dan rempah kari
  3. Kemudian,masukkan ayam& kentang.Digaul rata.
  4. Apabila naik minyak & pekat,masukkan garam & gula
  5. Masukkan buah tomato yg telah dipotong 4
  6. Masukkan cili hijau dan cili merah yg telah dibelah.
Sekian...PDUM belum cuba lg resepi ni.Kalau u all dh try,habaq mai kat chek.Boleh tumpang sekaki makan.Heheh...

      February 3, 2011

      LAWAK MAKANAN


      Haish...Cuti raya cina ni x de wat pape plak.Lagipun PDUM hari ni P.U.A.S.A ganti.So,daripada x buat ape2 jom kita wat papekan.Ape kata (berapa banyak ape daaa...) kita tenang2kan minda baca lawak2 yg boleh dikatakan best gak.

       1) Makanan yang sihat

      Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

      Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

      Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

      Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
      "Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"

      2) Tercekik tulang
      Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

      Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

      Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
      lalu ada yg sound:
      "apahal duduk macam nak berlari ajer...."
      "tak baik lutut tinggi pada makanan.."
      " ni duduk ke nak berak nie..?"

      Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

      Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

      Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

      Biasa korang belajar doa makan macam nie:

      "Allahummabariklana (hingga akhir)

      Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

      "Bismillah, barkatillah"

      Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)

      kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

      aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

      Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

      Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

      Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

      Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

      "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
      "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

      Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
      Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
      Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

      Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
      aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
      Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

      Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..

      (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

      Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..

      kesian mak aku...

      "Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

      Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

      Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

      Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

      (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

      Aku kata:
      "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

      HA HA HA..

      (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

      Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!

      he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

      3) Negro Yang Haus

      Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir.
      Jin tu cakap...

      "Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

      Negro tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"

      Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu jadi...............

      ....mangkuk tandas wanita...

      4) Lawak Buah

      Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

      Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

      Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

      Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

      Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

      5) Jangan tipu budak kecik

      Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. 

      Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". Seekor 
      burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda 
      lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu,si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur. 

      Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu.Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini. 

      Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?" 
      Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang 
      tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher 
      dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"


      Hmmm...boleh tahan kan.Ni bukan lawak gue yg bikin.Hanya pinjaman je sbgai hiburan.Nak tau lebih banyak lagi,Klik sini.






      MAKANAN FEVERET ORANG MALAYSIA

      Malaysia memang terkenal dgn macam-macam makanan.Mungkin ke sbb Malaysia ade rakyat yg berbilang kaum?Ye kot...

      MAHU JADI ORANG SIHAT?


      Makanan dan Khasiatnya:

      WELCOME MY GENG!

      HEllo!Hello!