March 9, 2011

MACAM MANA RASULULLAH S.A.W BERDIET?

RENUNGAN
 
JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
 
CARA MAKAN
  •  JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
 Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah..... ......... ......... ......... ...

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
 
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

  • * Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk..
 
  • * Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
 
  • * Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
 
  • * Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

* Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

* WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

LEMAK NANAS IKAN MASIN


LEMAK NANAS IKAN MASIN


BAHAN – BAHAN:


  • ·         1 kg tulang ikan masin
  • ·         1 biji nanas
  • ·         10 tangkai cili api }
  • ·         2 tangkai cili merah }               dikisar
  • ·         2 biji bawang merah }
  • ·         1 inci kunyit hidup }
  • ·         1 mangkuk santan
  • ·         2 helai daun kunyit
  • ·         2 batang serai – diketuk
  • ·         Gula
  • ·         Garam
  • ·         Serbuk perasa

CARA – CARA MEMBUATNYA:

1.       Tulang ikan masin dibersihkan
2.       Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama serai dan daun kunyit
3.       Setelah mendidih,masukkan tulang ikan masin
4.       Kemudian,masukkan nanas diikuti dengan santan
5.       Kacau rata dan perasakan dengan garam,serbuk perasa dan gula

TELUR ITIK MASAK LEMAK DAN MANGGA MUDA


TELUR ITIK MASAK LEMAK DAN MANGGA MUDA

BAHAN – BAHAN:

  • ·         5 biji telur itik
  • ·         1 biji mangga muda – dipotong
  • ·         10 tangkal cili api }
  • ·         2 biji cili merah }
  • ·         2 biji bawang merah }     dikisar
  • ·         1 inci kunyit hidup }
  • ·         1 helai daun kunyit
  • ·         2 batang serai
  • ·         1 mangkuk santan
  • ·         Garam
  • ·         Serbuk perasa

CARA – CARA MEMBUATNYA:

1.       Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dengan sedikit air
2.       Ketuk serai dan masukkan ke dalam periuk bersama daun kunyit
3.       Masukkan santan.Perlahankan api.Tunggu sehingga mendidih
4.       Masukkan mangga muda dan pecahkan telur satu persatu hingga habis
5.       Kemudian,masukkan garam dan serbuk perasa
6.       Setelah telur itik masak,padamkan api

UDANG GALAH MASAK LEMAK DENGAN BELIMBING


UDANG GALAH MASAK LEMAK DENGAN BELIMBING

BAHAN – BAHAN:

·         1 kg udang galah
·         10 tangkai cili api }
·         2 biji bawang besar }      dikisar halus
·         3 tangkai cili merah }
·         1 inci kunyit hidup }
·         10 biji belimbing buluh - dibelah
·         1 mangkuk santan
·         2 helai daun kunyit
·         3 batang serai – dititik
·         Garam
·         Serbuk perasa

CARA – CARA MEMBUATNYA:

1.       Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
2.       Setelah mendidih,masukkan serai dan daun kunyit
3.       Masukkan pula udang. Biarkan hingga udang masak
4.       Masukkan santan dan kacau hingga mendidih
5.       Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

ASAM PEDAS DAGING TETEL DENGAN REBUNG


ASAM PEDAS DAGING TETEL DENGAN REBUNG

BAHAN – BAHAN:

  • ·         200 gram rebung
  • ·         1 kg daging tetel – direbus
  • ·         1 mangkuk cili kering }
  • ·         3 biji bawang besar }
  • ·         7 ulas bawang putih }     dikisar
  • ·         1 inci halia }
  • ·         3 potong lengkuas }
  • ·         Sedikit belacan }
  • ·         2 batang serai – diketuk
  • ·         2 sudu serbuk lada hitam
  • ·         1 mangkuk minyak masak
  • ·         1 mangkuk air asam
  • ·         Garam
  • ·         Serbuk perasa

CARA – CARA MEMBUATNYA:

1.       Panaskan minyak masak.Setelah panas,tumiskan bahan-bahan yang dikisar.Biarkan sehingga terbit bau
2.       Masukkan air asam,lada hitam,serbuk perasa dan garam
3.       Masukkan daging dan rebung.Biarkan sehingga masak

TEMPE GORENG JAWA


TEMPE GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • ·         5   keping tempe }
  • ·         5 keping tauhu }
  • ·         ½ kg pedal ayam }            potong kecil dan goreng
  • ·         ½ kg hati ayam }
  • ·         ½ kg udang }
  • ·         15 biji cili api }
  • ·         5 biji cili merah}
  • ·         2 biji bawang besar }       dikisar
  • ·         5 ulas bawang putih }
  • ·         ½ senduk cili kisar }
  • ·         ½ cawan santan
  • ·         ½ cawan minyak masak
  • ·         Garam
  • ·         Gula
  • ·         Serbuk perasa


CARA – CARA MEMBUATNYA:

1.       Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga terbit bau
2.       Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing
3.       Selepas itu,masukkan tempe,tauhu,pedal dan hati ayam
4.       Masukkan gula,garam,serbuk perasa dan silalah kacau sehingga sebati
5.       Masukkan santan dan masak hingga pekat

p/s: Semasa kacau santan sehingga pekat,pastikan bahan-bahan di dalamnya menjadi hancur akibat masak terlalu lama.Perhatikan dengan elok ye,kawan-kawan…

MASIH INGAT PANTANG LARANG INI?

Masyarakat moden sekarang mungkin dah tak berapa ingat dengan pantang - larang dan adab semasa makan.PDUM masih mengamalkan beberapa pantang larang contohnya tak boleh makan kepak ayam...kononnya nanti berjauhan dengan keluarga sendiri dan bergaduh sesama adik - beradik..Hmmmm...mungkin ada benarnya.Tapi,kita tak boleh lah ambil pantang-larang ini dengan serius sebab,mungkin nenek moyang kita nak membiasakn diri dengan adab - adab sewaktu makan dan apa yang boleh dan tak boleh dimakan secara peringatan berkias.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:





1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

RENDANG UDANG GALAH


RENDANG UDANG GALAH

BAHAN-BAHAN

  • ·         1 kg udang galah – dibersihkan
  • ·         1 inci halia }
  • ·         ½ inci lengkuas }
  • ·         ½ inci kunyit hidup }                      dikisar halus
  • ·         10 tangkai cili  api }
  • ·         2 biji bawang besar }
  • ·         5 ulas bawang putih }
  • ·         3 batang serai - dititik
  • ·         5 helai daun limau purut }
  • ·         2 helai daun kunyit          }            dihiris halus
  • ·         ½ cawan minyak masak
  • ·         1 mangkuk santan
  • ·         4 sudu besar kerisik
  • ·         Garam
  • ·         Gula

CARA MEMBUATNYA:

1.       Tumiskan bahan yang telah dikisar bersama daun kunyit dan daun limau
2.       Apabila naik bau,masukkan santan.Biarkan sehingga pekat
3.       Masukkan garam dan gula.Tunggu sehingga sebati.
4.       Kemudian,masukkan udang.Masak hingga pekat dan berminyak.