March 9, 2011

TEMPE GORENG JAWA


TEMPE GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • ·         5   keping tempe }
  • ·         5 keping tauhu }
  • ·         ½ kg pedal ayam }            potong kecil dan goreng
  • ·         ½ kg hati ayam }
  • ·         ½ kg udang }
  • ·         15 biji cili api }
  • ·         5 biji cili merah}
  • ·         2 biji bawang besar }       dikisar
  • ·         5 ulas bawang putih }
  • ·         ½ senduk cili kisar }
  • ·         ½ cawan santan
  • ·         ½ cawan minyak masak
  • ·         Garam
  • ·         Gula
  • ·         Serbuk perasa


CARA – CARA MEMBUATNYA:

1.       Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga terbit bau
2.       Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing
3.       Selepas itu,masukkan tempe,tauhu,pedal dan hati ayam
4.       Masukkan gula,garam,serbuk perasa dan silalah kacau sehingga sebati
5.       Masukkan santan dan masak hingga pekat

p/s: Semasa kacau santan sehingga pekat,pastikan bahan-bahan di dalamnya menjadi hancur akibat masak terlalu lama.Perhatikan dengan elok ye,kawan-kawan…

No comments:

Post a Comment